Thursday, January 17, 2008

pindah lagi

Blog telah berpindah.sila klik http://kehidupanbaru.blogspot.com

Tuesday, November 06, 2007

Hujung minggu yang sibuk

Hari sabtu lepas, kami buat makan-makan di rumah sempena hari raya yang dah nak sampai ke penghujung. Ops, bukan open house ek, marah betul Mili kalau saya tersilap sebut. Katanya jangan cakap open house, nampak macam 'grand' sangat, takut kalau ada kawan-kawan lain yang terdengar kecik hati sebab tak dijemput. Cuma acara makan-makan yang jemputannya terhad pada kawan-kawan rapat sahaja. Menu makan-makan tu biasa jelah, nasi impit kuah kacang, laksa penang, laksam, ada kek coklat dengan trifle untuk cuci mulut. Jadi mula lah kami buat perancangan sebab tak pernah buat jamuan makan-makan untuk 30 orang makan. Macam mana gayanya..nak bajet bape banyak campur dengan takde pengalaman masak laksa penang, sebab saya bukan peminat laksa..ni pun buat atas permintaan Mili yang nak sangat makan laksa..malam jumaat tu Mili pergi pasar borong sorang2, saya cuma tuliskan bahan2 yang kene beli. Saya tak dapat ikut sebab nak menyiapkan bende2 lain. Risau betul saya bila orang tak reti ke pasar kene beli barang sorang2..tak reti nak bajet, sudahnya dia beli barang semuanya berlebih, takpelah..pengalaman pertama..=) Balik dari pasar, kerje menyiang ikan 5 kg tu dibuat 2 orang, nak kene mengajar dulu cik abang tu cara2 menyiang ikan..=p

Petang jumaat tu saya cuti separuh hari sebab nak menyiapkan kuah kacang sebab takut jadi tragedi kuah kacang hangit macam minggu lepas. Kononnya nak concentrate pada satu perkara je. Sesambil rebus nasik impit..siap semua rebus ikan dan buang tulang, simpan dalam fridge, sabtu pagi baru buah kuah, kelam kabut malam tu dengan nak siapkan tempahan trifle Dr sham utk open housenya..nasib baik sempat..hehe

Pagi sabtu tu, buat kuah laksa, laksam(sepupu Mili yang buat), potong2 sayur, buat ganache untuk coklat kek, siap la semua tepat pukul 12 pm. diorang datang dalam pukul 1 pm la lebih kurang..sampai la ke petang dalam pukul 4.30 macam tu...alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan makanan pun tak kurang dan tak lebih...ada jugak yang bungkus..Malam tu berehat je kat umah..Hari ahad pagi mengemas + basuh membasuh..Terima kasih pada cik abang yang sudi tolong basuh semua periuk2 + senduk2..lega rasanya dapat merehatkan pinggang yang macam dah nak patah ni..siap semua, rehat2kan diri...

**gambar2 tak sempat nak snap, tuan rumah sibuk melayan tetamu..hehehe

Friday, September 28, 2007

Bila nak mula?

Ramai jugak yang tanya2 bila aku nak mula menguli roti lagi..aku pun masih lagi mencari-cari mood + masa yang sesuai..Aku tak nak la orang kata aku hangat2 taik ayam je.. sebab aku mula dulu pun sebab memang minat nak buat. Cuma sekarang aku kene cari masa dan aku memang kene usaha keras sebab aku la suri rumah, aku la jugak yang makan gaji + nak buat roti lagi.

Friday, September 14, 2007

i'm a wife now...

Alhamdullilah...majlis berjalan lancar. Terima kasih pada mak abah, sedara mara aku + sepupu2 aku yang banyak sangat tolong sepanjang majlis berjalan. Terima kasih jugak pada encik zamili..tercapai jugak impian awak ye..=] Semuanya tak dirancang, tapi betullah kata orang kalau dah jodoh tak kemana..lari ke mana pun, kalau dah Tuhan tentukan itu jodoh kita, akan jumpa jugak. Aku cuma ada masa tiga hari je untuk buat keputusan samaada terima atau tidak, tak pernah terfikir + terbayang pun nak kahwin tahun ni. Takut pun ada..rasa macam tak boleh + tak pandai je nak menggalas tanggung jawab besar ni..

Akhirnya, aku tekad kan hati terima je, dan ada masa 6 bulan je untuk siapkan semua persiapan sebelum majlis besar ni. Perasan bercampur baur, sebab aku tak pernah lagi jumpa family dia, kampung dia pun first time la pergi masa majlis bertandang hari tu..Kira pertama kali la aku jejak Kelantan ni. Alhamdulillah, semua yang ada kat sana terima aku dengan baik..tapi sebelum tu berbakul dah pesan abah, mak + mak long aku. Macam2 la siap ada kursus memotong ayam seekor sambil di moderate tiga2 orang tu..Mana tau katanya aku kene suh masak masa kat sana(hehehe..nampak sgt tak pandai). Aku cakap kat abah, ala kat Kl beli ayam dah siap potong..=p

Dekat sebulan lebih dah aku up status, banyak yang berubah, sekarang aku kene lebih bertanggungjawab, sebab bukan aku sorang je yang duduk kat rumah tu. Setakat ni semuanya berjalan dengan baik, cuma aku tak boleh la tido2 lagi lepas subuh tu..baju pun tak boleh la nak gosok pepagi.. kene siap2 malam tu jugak. Nak-nak dapat pulak orang yang jenis ikut masa ni, jadi aku kene laju la sikit..*sigh*

Terima kasih gak pada nona & kak azni yang sanggup datang dari hari sabtu. Pada zibah yang sampai sesat2..pada ain yang eksiden (sib baik xde pape)..kengkawan ofis yang dtg satu bas, dan tak sangka kengkawan skolah aku yg lama dah tak jumpa pun datang jugak dari jauh..mekasih banyak2..=)



p/s: kredit pada udeyismail dari candidsyndrome yang sanggup basah2 seluar terjun dalam parit utk dptkan gambar2 yang best neh.

Monday, August 13, 2007

makin dekat..

....dengan harinya, macam-macam pulak sakit yang datang..Dua tiga hari lepas, sakit perut sampai muntah-muntah..nak kata keracunan makanan, takde makan makanan luar pun..Hari ni dah selsema + sakit tekak dan dah batuk dah sikit2...harap-harap cepatla baik sebelum hujung minggu ni..tak terbayang rasanya kalau sakit pada hari tu..dengan panas, dengan baju + aksesori lagik...harap2 baik la cepat..:(

Thursday, August 02, 2007

still waiting 4 the day

Lama sangat dah tak update. perubahan hormon agaknya..hahaha..banyak kali dah log in tapi tak post2 jugak entry baru..inipun, dari tadi lagi dah log in tapi masik jugak tak tau nak tulis apa..kehabisan idea atau aku yang dah tak reti menulis?sama je la tu..sebelum2 ni pun tak reti gak, tapi tah apa2 yang merapu..ni pun tak tau ada lagi ke tak orang datang sini..macam hidup segan mati tak mau je blog ni..Lately banyak sangat benda nak kene buat..sebenarnya takdela sibuk sangat, tapi selagi tak selesai aku rasa macam ada yang tak siap je lagi..kat sini pun aku tak buat pape2 pun..cuma kene beli2 barang jela..tapi yang membuatnya sume mak aku ngan adik aku yang tolong buat..aku tak reti bende2 kreatif ni..yang nak kene pikir guna otak dan kelembutan tangan nak menggubah2..aku reti siap tapi nak cantik! hahahaha..banyak songel je..

Minggu ni rasanya paling sibuk la..nak masuk umah baru..(bukan rumah sendiri ye..rumah sewa), mop lantai, sapu sampah, nak pasang tikar dalam bilik...tu belum angkut lagi segala mesin gala bagai macam raksasa tu..ni pun dah pindahkan barang encik zamili mohamed, turn aku hujung minggu ni..barang dia pun tak habis lagi angkut..baju cam satu lori (mengalahkan aku yang pompuan ni)..petang ni aku nak pegi sana balik, nak letak suratkhabar sebelum letak tikar getah tu..badan ni rasa macam nak patah dah. malam tadi macam dah tak boleh bukak mata, malam ni ada lagi barang encik zamili tu yang nak dikemas...banyak sangat barang yang tah apa2..tu yang tak siap2 lagi tu...kekadang aku bising gak, dalam hati je la..

Roti pun cuti dah sebulan lebih cuti..konon2 petang-petang nak jogging la..mau kasi kurus sikit..ala, aku ni poyo je lebih..ada je alasan, nak pegi hujan lah tetiba..time hujan tak rasa nak pegi pun...ni tinggal dua minggu lagi..malas lah nak berjogging2 ni..biar jela macam ni..huhuhu..malas nak berdiet2, tp aku still la kawal sikit makan tu..kalau boleh biar jela maintain, jangan bertambah lagi sudah. lepas ni tak tau lagi perancangan roti macam mana..nak kene manage masa betul2..tengok lah macam mana nanti..

Thursday, May 03, 2007

hari ini dalam sejarah

Hari ini saya ulang tahun
yang ke-24