Tuesday, November 06, 2007

Hujung minggu yang sibuk

Hari sabtu lepas, kami buat makan-makan di rumah sempena hari raya yang dah nak sampai ke penghujung. Ops, bukan open house ek, marah betul Mili kalau saya tersilap sebut. Katanya jangan cakap open house, nampak macam 'grand' sangat, takut kalau ada kawan-kawan lain yang terdengar kecik hati sebab tak dijemput. Cuma acara makan-makan yang jemputannya terhad pada kawan-kawan rapat sahaja. Menu makan-makan tu biasa jelah, nasi impit kuah kacang, laksa penang, laksam, ada kek coklat dengan trifle untuk cuci mulut. Jadi mula lah kami buat perancangan sebab tak pernah buat jamuan makan-makan untuk 30 orang makan. Macam mana gayanya..nak bajet bape banyak campur dengan takde pengalaman masak laksa penang, sebab saya bukan peminat laksa..ni pun buat atas permintaan Mili yang nak sangat makan laksa..malam jumaat tu Mili pergi pasar borong sorang2, saya cuma tuliskan bahan2 yang kene beli. Saya tak dapat ikut sebab nak menyiapkan bende2 lain. Risau betul saya bila orang tak reti ke pasar kene beli barang sorang2..tak reti nak bajet, sudahnya dia beli barang semuanya berlebih, takpelah..pengalaman pertama..=) Balik dari pasar, kerje menyiang ikan 5 kg tu dibuat 2 orang, nak kene mengajar dulu cik abang tu cara2 menyiang ikan..=p

Petang jumaat tu saya cuti separuh hari sebab nak menyiapkan kuah kacang sebab takut jadi tragedi kuah kacang hangit macam minggu lepas. Kononnya nak concentrate pada satu perkara je. Sesambil rebus nasik impit..siap semua rebus ikan dan buang tulang, simpan dalam fridge, sabtu pagi baru buah kuah, kelam kabut malam tu dengan nak siapkan tempahan trifle Dr sham utk open housenya..nasib baik sempat..hehe

Pagi sabtu tu, buat kuah laksa, laksam(sepupu Mili yang buat), potong2 sayur, buat ganache untuk coklat kek, siap la semua tepat pukul 12 pm. diorang datang dalam pukul 1 pm la lebih kurang..sampai la ke petang dalam pukul 4.30 macam tu...alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan makanan pun tak kurang dan tak lebih...ada jugak yang bungkus..Malam tu berehat je kat umah..Hari ahad pagi mengemas + basuh membasuh..Terima kasih pada cik abang yang sudi tolong basuh semua periuk2 + senduk2..lega rasanya dapat merehatkan pinggang yang macam dah nak patah ni..siap semua, rehat2kan diri...

**gambar2 tak sempat nak snap, tuan rumah sibuk melayan tetamu..hehehe

1 Comments:

At 4:52 PM, Blogger KAK RAINBOW said...

sedapnya mkn laksa. tp saya tgh berpantang mana leh mkn laksa. huhuhu

 

Post a Comment

<< Home