blackout
Malam tadi..
satu tray dah selamat masak
satu tray baru masuk..
-
-
-
-
-
lima minit belalu
-
-
tup!
-
-
-
aaaa.....blackout!!
Malam tadi masa roti sedang dibakar, tiba-tiba semua jadi gelap. Satu taman takde bekalan elektrik. Mengeluh sekejap, risau roti yang dalam oven tu apa jadi. Masak ke tak masak?, dengan donut satu tray lagi belum goreng. Jumpa lilin sebatang, pastu housemate keluar beli lilin.
Jadi malam tadi, goreng donut dalam cahaya samar-samar ala-ala romatik gitu..Roti saya biar je dulu dalam oven, mana la tau dengan haba kepanasan yang masih ada tu, boleh masak roti-roti tu semua. Satu masalah plak timbul, bila donut-donut tu semua dah celup coklat, lambat pulak keringnya..mula-mula tu duk kipas dengan suratkhabar (tah apa punya idea la..), tapi tak boleh jadi ni..masa berjalan, jam dah pukul 10.30 malam. Aiseh, macam mana boleh lupa pulak, peti ais kan ada..sejuk tu masih ada lagi, jadi donut-donut tu sume masuk peti sejuk kejap., tak sampai 5 minit, kering dah coklat topping tu. Siap semua, bungkus dan kemas-kemas meja semua., tengok balik roti dalam oven, apa jadi..dengan cahaya lilin yg memang dah kuning tu, roti pun nampak cam masak la..bungkus dulu, esok pagi kalau jadi, jual kalau tak tinggal je kat umah. Tido..
Pagi tadi tengok, semua ok je..rasa tak tau lagi..Tepon sorang akak tu sebab dia beli tadi, katanya ok je..cam selalu-selalu..:)
-----
Masuk minggu ketiga aku start menjual roti balik. Lama sangat berehat sampai jadi malas, takut skill tu hilang je..lagipun tengok oven tu lama-lama macam nak jadi besi buruk je kalau dibiarkan. Tapi aku buat tak banyak, sekilo dalam sehari..bukan apa, sekarang ni aku nak jaja waktu pagi je..dalam 15 minit sebelum pukul lapan. Datang awal sikit dalam pukul 7.30 tu, dan jaja sebelum pukul 8. Kalau tak jaja pulak, diorang-diorang ni malas nak datang tempat aku. Aku tak nak kacau waktu office, lagipun tak sedap jugak kacau-kacau orang time kerja, nanti keje-keje aku lak yang terbengkalai. Kualiti kerja kena jaga jugak..
4 Comments:
Apid, kalau beli coklat blok untuk buat donut tu beli yang jenis petak kecik-kecik.
Yang jenis petak besar-besar memang lambat keras.
cik bah: mmg beli yang kecik2..agaknya terletak banyak minyak kot...
hoh..penah gak terpikir. kalau blackout masa kek tgh naik..mimpi ngeriss.
kunci: betul!kn standby generator tu..
Post a Comment
<< Home