katanya...
katanya..
dia tengok perjalanan hidup aku rumit,
bagi pendapat pun tak nak dengar,
ikut kata aku jugak..
katanya..
dia kesian tengok aku,
cita-cita aku tinggi,
tapi cara aku fikir tak sama dengan dia fikir,
katanya bahaya, dia risau..
katanya lagi..
kalau boleh dia nak hidup cara normal,
tak nak susah-susah,
tak nak penat-penat,
hati pun senang,
hidup secara sederhana,
buat setakat yang termampu..
katanya lagi..
dia hormat cita-cita aku,
dia terpaksa ikut,
dan dia tahu, dia tak dapat menyekat segala kemahuan aku..
dan katanya..
selagi dia mampu tolong, dia tolong..
---------------------------------------------------------------------
dalam hati aku..
nampak macam tak normal kah aku?
rumit sangatkah perjalanan hidup aku?
salahkah cara pemikiran aku?
dalam hati aku..
takkan kita nak duduk di takuk lama,
hidup mesti ada peningkatan,
mesti ada perubahan,
dalam hati aku..
nak buat macam mana,
itu yang aku suka,
yang aku minat,
jadi apa salahnya kan..kan..
0 Comments:
Post a Comment
<< Home