Wednesday, December 13, 2006

macam-macam hal

Baru start keje hari ni, lepas seminggu cuti. Penat, demam, selsema, batuk..bukan cuti berpergian ke mana-mana..cuma balik kampung menolong-nolong persiapan majlis perkahwinan maksu aku. Majlis perkahwinan yang terahkir, lepas ni takde sape dah.Takde yang lain dari yang lain, sama je rasanya dengan majlis2 orang lain. Masih lagi aktiviti bergotong royong dengan orang-orang kampung. Malam tu ada sesi spa tradisional, berinai, pengantin tabur gula-gula.Tapi yang tak seronoknya, dengan perangai asst. mak andam yang poyo, perasan bagus mengalahkan mak andam, suka-suka nak mengarah itu ini, n tengok2 aku atas bawah. Macam hebat sangat!.Pehtu cameraman yang tah pape..suka-suka tak bagi kengkawan pengantin yang jauh-jauh datang tu nak bergambar sebelum dia habis keje. Sepatutnya, berhentila sekejap, bagi peluang pada kawan yang jauh tu..bukan lama sangat, ni nak kene tunggu dia siap sume baru boleh. Sudahnya sume balik je..Tapi, biasala, mana ada majlis yang sempurna..pasti ada cacat celanya sikit.

-----------------------------------------



my first try cupcake, tapi skirtnya kembang, jadi tak bape sangat la..
klik gambar untuk besar.

Sunday, December 03, 2006

apa nak jadi.

Dekat dua bulan oven tak berasap. adala sesekali itupun sebab takut oven rosak atau nak cuba resepi2 baru sebab aku yang nak makan. Butter dalam peti ais tu dah dua tiga kali kuar masuk, tapi masih tak dipakai-pakai. Barang sume dah ada, tinggal tangan ni je yang tak bergerak-gerak. Hari minggu masih jugak lepak-lepak tengok tv, buat mende2 takde pekdah tu. Ni pun dari tadi duk lepak depan pc melawat ke laman-laman sesawang, lepak-lepak blog orang lain, tengok-tengok gambar makanan. Lepak-lepak Happycakesblog, tapi masih malas jugak. Arrgghh!! apsal malas sangat nie!!!!ggrrrr....