Friday, September 28, 2007

Bila nak mula?

Ramai jugak yang tanya2 bila aku nak mula menguli roti lagi..aku pun masih lagi mencari-cari mood + masa yang sesuai..Aku tak nak la orang kata aku hangat2 taik ayam je.. sebab aku mula dulu pun sebab memang minat nak buat. Cuma sekarang aku kene cari masa dan aku memang kene usaha keras sebab aku la suri rumah, aku la jugak yang makan gaji + nak buat roti lagi.

Friday, September 14, 2007

i'm a wife now...

Alhamdullilah...majlis berjalan lancar. Terima kasih pada mak abah, sedara mara aku + sepupu2 aku yang banyak sangat tolong sepanjang majlis berjalan. Terima kasih jugak pada encik zamili..tercapai jugak impian awak ye..=] Semuanya tak dirancang, tapi betullah kata orang kalau dah jodoh tak kemana..lari ke mana pun, kalau dah Tuhan tentukan itu jodoh kita, akan jumpa jugak. Aku cuma ada masa tiga hari je untuk buat keputusan samaada terima atau tidak, tak pernah terfikir + terbayang pun nak kahwin tahun ni. Takut pun ada..rasa macam tak boleh + tak pandai je nak menggalas tanggung jawab besar ni..

Akhirnya, aku tekad kan hati terima je, dan ada masa 6 bulan je untuk siapkan semua persiapan sebelum majlis besar ni. Perasan bercampur baur, sebab aku tak pernah lagi jumpa family dia, kampung dia pun first time la pergi masa majlis bertandang hari tu..Kira pertama kali la aku jejak Kelantan ni. Alhamdulillah, semua yang ada kat sana terima aku dengan baik..tapi sebelum tu berbakul dah pesan abah, mak + mak long aku. Macam2 la siap ada kursus memotong ayam seekor sambil di moderate tiga2 orang tu..Mana tau katanya aku kene suh masak masa kat sana(hehehe..nampak sgt tak pandai). Aku cakap kat abah, ala kat Kl beli ayam dah siap potong..=p

Dekat sebulan lebih dah aku up status, banyak yang berubah, sekarang aku kene lebih bertanggungjawab, sebab bukan aku sorang je yang duduk kat rumah tu. Setakat ni semuanya berjalan dengan baik, cuma aku tak boleh la tido2 lagi lepas subuh tu..baju pun tak boleh la nak gosok pepagi.. kene siap2 malam tu jugak. Nak-nak dapat pulak orang yang jenis ikut masa ni, jadi aku kene laju la sikit..*sigh*

Terima kasih gak pada nona & kak azni yang sanggup datang dari hari sabtu. Pada zibah yang sampai sesat2..pada ain yang eksiden (sib baik xde pape)..kengkawan ofis yang dtg satu bas, dan tak sangka kengkawan skolah aku yg lama dah tak jumpa pun datang jugak dari jauh..mekasih banyak2..=)



p/s: kredit pada udeyismail dari candidsyndrome yang sanggup basah2 seluar terjun dalam parit utk dptkan gambar2 yang best neh.