Friday, September 22, 2006

ruang kecil itu...

dingin...
tidak sedingin ais...sekadar menyamankan...
tapi tidak mampu mendinginkan ruang itu...

seperti lewat petang yang suram
sunyi...
sebatang kara,
daun2 itu berguguran lewat musim aki...
langkah longlai sendirian...

titis-titis itu mengalir...
kekadang diselang seli esakan kecil...
di ceruk itu..tersorok..
tiada yang tahu...

lari...
ingin sekali,
hutan,gunung,sungai...
bermukim disitu...menghirup,merasai...
membilang kerlipan di kaki langit...



Salam ramadhan...

Thursday, September 21, 2006

fruit tart

mempersilakan barisan tart-tart yang serba merah & "jambuu"..hehehhe
neway, sebenarnya ada dua jenis buah tu je dalam fridge..saja cuba2..kastad tu lak saya ambik dari resepi mr rozzan..kawan2 saya kata..waaaa,comeinya(perasan je)..boleh jual la..diorang ni sume mende nak suh jual..saya saja try test je...ada lak yg sayang nak makan..:p


bergambar beramai-ramai


closed up sket

*lama2 blog ni jadi blog makanan lak..

Monday, September 18, 2006

Happy Monday!!

Today, my friend told me something make me happy..hohoho..huhuhuhu..ekekekeke...gelak guling-guling saya dengar pengkhabaran itu...opps!jgn gelak banyak sgt,nanti hilang ilmu...:p
tapi suka sekali saya mendengarnya...terbukti sudah...miahahahahah



bfast merangkap lunch on saturday


strawberry muffin

Friday, September 08, 2006

Malam tadi dalam buletin utama ada sisipan tentang "XPDC jejak Mat Kilau",xpdc mendaki gunung tertinggi di asia tenggara..teringat aktiviti saya beberapa tahun lepas...setahun lebih dah gantung beg.ramai gak yang tanya..bersara ke?ntah,saya pun tak tahu...teringin lagi macam dulu2...tapi rasanya macam tak larat je..badan dah berat,xcersice kurang,lemak pun dah bertapa kat ruang2 yang kosong & takmo kuar2 balik..huhuhuhu...

Korek2 balik album lama,jumpa gambar2 ni semua..ni sebahagian aktiviti saya dua tiga tahun lepas..cuma satu,saya masih tak berkesempatan buat water raffting di Padas.Kekadang saya berangan nak jadi hos rancangan xplorasi,peserta xplorace,kalau takpun jadi hosnya pun jadila...heheheheh:p


di puncak kinabalu & belakang tu south peak


atas puncak gunung berinchang & gunung datok

Friday, September 01, 2006

Topping chocolate moist

atas permintaan cik bawang yang nak buat kek coklat untuk kawannya yang nak balik korea esok..sempat lagi nak buat ni cik bawang..

bahan-bahan:
1. Compound Chocolate 1 block(lebih kurang 2kg)
2. Coco Powder 333 gram(diayak)
3.Air panas 150 ml
4. Susu Pekat Manis Secukup Rasa

cara-cara:
1. coklat masak dicairkan (double boil)
2. campurkan serbuk koko dgn air panas(kacau sebati)
3. campurkan (2) dalam (1),pehtu campur susu pekat manis...kacau2 bagi rata,pehtu colet sket rasa..manis ke tak,kalu pahit lagi tambah lagi susu sampai lidah cik bawang rasa sedap...
4. pehtu,bagi sejuk+pekat seket...boleh gak letak bwh kipas/masuk fridge jap...
5. siap diguna...letak arr tebal mana nak letak..lebihnya leh simpan lam fridge..

nota kaki: 2kg ni byk sgt..jadi kecikkan la resepi ni...
okes,slamat mencuba...:p