Friday, April 27, 2007

Choc mint cake

Choc Mint cake (taken from Resepi Dot Net)..

Bahan bahan:
200 gm tepung naik sendiri
230 gm mentega/ majerin
220 gm gula kastor
230 gm telur
3 gm esen vanilla
30 gm serbuk koko
50 gm susu segar (lupa beli, ganti ngan susu cair)
beberapa titk pewarna hijau
beberapa titik esen peppermint
choc cip (optional for chocolate lover)~~memandai tambah

Cara-cara:
1) Panaskan oven pada suhu 180 celcius
2) Alaskan kertas kuih pada loyang pembakar
3) Pukul tepung naik sendiri yang telah diayak bersama mentega/majerin sehingga menjadi
pes yang sebati.
4) Dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur dan gula sehingga likat. Masukkan adunan ini
dan esen vanilla ke dlm adunan tepung yang telah disediakan tadi dan pukul sehingga ia
sebati dan kembang.
5) Bahagikan adunan kepada dua. Satu campurkan dengan serbuk koko dan susu segar,
manakala satu bahagian lagi campurkan dengan pewarna hijau dan peppermint.
6)Tuang adunan berselang seli ke dalam loyang berukuran "8"
7) Bakar selama 45-50 minit

p/s: serve with 'teh o ais' :)
cik apid akan bercuti sampai rabu minggu depan.

Monday, April 23, 2007

koma

A'kum..nak
bgtau.kwn kte
norhafifah jasman @ pipah telah
kembali ke
rahmatullah smlm.
Dia dilanggar lori dn mati digilis.
sama2 kte sedekahkan alfatihah.

-Amal

Jam 9.30 pagi tadi Amal mesej aku. Tergamam, terkejut, terkedu. Tak sangka.Sungguh.
Pipah, kawan kami. Ketua tingkatan masa 5sc (2) Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin, Klang. 7 tahun aku tak jumpa, tapi sesekali ada jugak calling-calling, akhirnya hari ni, dapat berita yang memang langsung takde dalam pikiran aku. Baru grad UITM, kata kawan aku yang lain, dia baru balik dari jumpa kawan kami jugak (Moon), naik moto. Lori memang ganas!

Wednesday, April 11, 2007

show me your desktop

Cik nona plak tag aku..nak tengok desktop pc kat opis aku. aku biasala..kalau tak gambar gunung, gambar bukit. Ha..nona, ambik tengok la puas-puas. Ni je, sempoi + sejuk. Gambar kat bawah ni gambar pemandangan dari atas bukit kat German. Syok kan kalau dapat naik beskal pepagi camnih.


Resolution : 800 by 600 pixel (right clik/properties/setting)
Been using this desktop since : 2007
Hit "Print scrn" button (sblh F12) > paste kat
paint/adobe photoshop
Lepas ni malas nak tag sape-sape..berenti sampai sini je.
p/s : betul ke desktop seseorang tu menggambarkan personaliti kita??

Thursday, April 05, 2007

blackout

Malam tadi..
satu tray dah selamat masak
satu tray baru masuk..
-
-
-
-
-
lima minit belalu
-
-
tup!
-
-
-
aaaa.....blackout!!
Malam tadi masa roti sedang dibakar, tiba-tiba semua jadi gelap. Satu taman takde bekalan elektrik. Mengeluh sekejap, risau roti yang dalam oven tu apa jadi. Masak ke tak masak?, dengan donut satu tray lagi belum goreng. Jumpa lilin sebatang, pastu housemate keluar beli lilin.

Jadi malam tadi, goreng donut dalam cahaya samar-samar ala-ala romatik gitu..Roti saya biar je dulu dalam oven, mana la tau dengan haba kepanasan yang masih ada tu, boleh masak roti-roti tu semua. Satu masalah plak timbul, bila donut-donut tu semua dah celup coklat, lambat pulak keringnya..mula-mula tu duk kipas dengan suratkhabar (tah apa punya idea la..), tapi tak boleh jadi ni..masa berjalan, jam dah pukul 10.30 malam. Aiseh, macam mana boleh lupa pulak, peti ais kan ada..sejuk tu masih ada lagi, jadi donut-donut tu sume masuk peti sejuk kejap., tak sampai 5 minit, kering dah coklat topping tu. Siap semua, bungkus dan kemas-kemas meja semua., tengok balik roti dalam oven, apa jadi..dengan cahaya lilin yg memang dah kuning tu, roti pun nampak cam masak la..bungkus dulu, esok pagi kalau jadi, jual kalau tak tinggal je kat umah. Tido..

Pagi tadi tengok, semua ok je..rasa tak tau lagi..Tepon sorang akak tu sebab dia beli tadi, katanya ok je..cam selalu-selalu..:)

-----

Masuk minggu ketiga aku start menjual roti balik. Lama sangat berehat sampai jadi malas, takut skill tu hilang je..lagipun tengok oven tu lama-lama macam nak jadi besi buruk je kalau dibiarkan. Tapi aku buat tak banyak, sekilo dalam sehari..bukan apa, sekarang ni aku nak jaja waktu pagi je..dalam 15 minit sebelum pukul lapan. Datang awal sikit dalam pukul 7.30 tu, dan jaja sebelum pukul 8. Kalau tak jaja pulak, diorang-diorang ni malas nak datang tempat aku. Aku tak nak kacau waktu office, lagipun tak sedap jugak kacau-kacau orang time kerja, nanti keje-keje aku lak yang terbengkalai. Kualiti kerja kena jaga jugak..